Perkhidmatan Tempahan Buku

  • Pihak perpustakaan menyediakan perkhidmatan tempahan buku secara atas talian melalui WebOPAC di sistem Perpustakaan.
  • Pelanggan boleh membuat tempahan bagi buku-buku yang sedang dipinjam oleh pelanggan lain dan berstatus circulated di dalam status perpustakaan.
  • Sekiranya buku tersebut masih mempunyai naskhah tambahan yang berstatus available, tempahan buku tidak dibenarkan.
  • Pihak perpustakaan akan menghubungi pelanggan yang telah menempah buku jika buku tersebut telah dipulangkan ke perpustakaan.
  • Pihak perpustakaan akan menyimpan bahan yang ditempah di kaunter perkhidmatan pelanggan 7 hari selepas bahan tersebut dipulangkan.
  • Sekiranya buku tersebut tidak diambil dalam tempoh 7 hari, pihak perpustakaan akan meletakkan semula buku-buku tersebut di rak.
    Pelanggan juga digalakkan untuk menghubungi pihak perpustakaan sekiranya buku yang diperlukan itu telah dibuat tempahan secara atas talian.