Perkhidmatan Pemulangan Buku

  • Pemulangan buku boleh dibuat di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan atau mesin pemulangan buku (Book Drop Machine).
  • Buku yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan. 
  • Pelanggan hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah di batalkan sebelum meninggalkan kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
  • Email peringatan akan dikeluarkan tiga hari (3 hari) sebelum tarikh pemulangan bagi membolehkan pelanggan membuat pembaharuan atau memulangkan bahan pinjaman.
  • Pihak perpustakaan berhak untuk menahan perkhidmatan pinjaman dan lain-lain perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya bahan masih belum dipulangkan selepas notis peringatan dikeluarkan.
  • Pihak perpustakaan mempunyai hak untuk memanggil balik (recall item) bahan yang dipinjam dari pelanggan jika memerlukan bahan tersebut.
  • Denda lewat pemulangan bahan yang hilang juga akan dikenakan dan akan dikira dari tarikh bahan itu sepatutnya dipulangkan sehingga bahan tersebut dilaporkan hilang oleh pelanggan.
  • Denda sebanyak RM0.20 sehari akan dikenakan kepada pelanggan (kategori pelajar) yang lewat memulangkan buku.