Perkhidmatan Peminjaman Buku

  • Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman buku.
  • Peminjaman buku boleh dibuat di mesin peminjaman layan diri (self check machine) atau kaunter perkhidmatan pelanggan perpustakaan.
  • Pelanggan hendaklah menggunakan kad pelajar/kad kakitangan UiTM masing-masing semasa melakukan transaksi pinjaman tersebut.
  • Membuat pinjaman menggunakan kad pelajar/kad kakitangan pelanggan lain adalah satu kesalahan.
  • Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam.
  • Buku yang dipinjam oleh pelanggan mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.
  • Pelanggan perlu membuat laporan segera di perpustakaan jika buku hilang atau rosak. Kecuaian berbuat demikian boleh menyebabkan denda lewat pemulangan buku dikenakan.
  • Buku perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah.
  • Pelanggan yang membawa keluar buku-buku perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak perpustakaan UiTM.