Perkhidmatan Pembaharuan Buku

  • Pembaharuan tarikh pinjaman (renewal) boleh dibuat melalui kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan atau di mesin peminjaman layan diri (self check machine) atau secara atas talian mengikut tempoh kelayakan yang dibenarkan.
  • Pembaharuan buku ini dibenarkan tanpa had bagi pengguna perpustakaan.
  • Pembaharuan buku tidak dibenarkan sekiranya buku telah ditempah (reserved) oleh pelanggan lain.
  • Perkhidmatan ini tidak dibenarkan sekiranya denda lewat pemulangan buku tersebut belum dijelaskan atau buku yang telah melebihi tempoh pinjaman (overdue) belum dipulangkan ke perpustakaan.