Keahlian 

Hanya pelanggan berdaftar sahaja yang dibenarkan membuat pinjaman bahan. Pelanggan yang ingin meminjam buku perlu membawa buku dan kad matrik ke kaunter Perkhidmatan Pelanggan ataupun melakukannya sendiri dengan menggunakan Mesin Pinjaman Layan Diri (Selfcheck Machine) yang disediakan. Terdapat 2 Kategori keahlian iaitu:

1.0  Keahlian Dalam

  •  Pelajar UiTM. 
    • Semua pelajar UiTM secara automatik menjadi ahli perpustakaan.Kaedah pendaftaran adalah melalui:
    • Pendaftaran Kumpulan. Pendaftaran keahlian secara berkelompok melalui data pelanggan yang diterima daripada Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) UiTM dan dilakukan pada setiap awal semester.
  •  Pendaftaran individu
    • Pelajar yang tidak didaftarkan secara berkumpulan atas sebab lewat mendaftar dengan pihak UiTM serta pelajar yang ditukarkan dari UiTM kampus cawangan, perlu datang ke kaunter perkhidmatan pelanggan di mana-mana perpustakaan UiTM yang berhampiran dengan fakulti untuk mendaftar secara individu dengan mengisi Borang Data Pelanggan.
  • Staf UiTM
    • Staf UiTM terdiri daripada semua staf akademik, staf bukan akademik dan jurulatih. Setiap staf baru perlu mendaftar dengan mengisi Borang Data Pelanggan yang boleh didapati di Portal PTAR atau Kaunter Perpustakaan.
      Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dikembalikan ke Kaunter Perpustakaan.
  1. Keahlian Dalam adalah berdasarkan kepada kategori yang ditetapkan dan dikenakan yuran keahlian perpustakaan seperti berikut:

 

2.0  Keahlian Luar

Perpustakaan menawarkan kepada individu atau institusi (kerajaan dan swasta) yang berminat untuk menjadi ahli perpustakaan. Syarat-syarat permohonan dan kemudahan menjadi ahli luar adalah seperti berikut:

  • Isi Borang Data Pelanggan (Keahlian Luar) dan kepilkan gambar bersaiz pasport. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan .
  • Pelanggan perlu mengemukakan bukti sokongan seperti kad pesara, kad UiTM (Alumni) atau sebarang salinan dokumen pengesahan tamat belajar atau kad staf organisasi masing-masing.
  • Bayaran yuran keahlian perpustakaan perlu dijelaskan di kaunter Pejabat Kewangan UiTM Selangor.
  • Resit pembayaran daripada Pejabat Kewangan UiTM Selangor hendaklah ditunjukkan kepada staf di kaunter perkhidmatan pelanggan semasa pendaftaran keahlian.
  • Kad keahlian akan dibuat setelah bayaran dijelaskan (1 hari waktu bekerja)
  • Pelanggan akan dimaklumkan apabila kad keahlian telah siap dan boleh dituntut di kaunter Perkhidmatan Pelanggan
  • Kemudahan yang dibenarkan adalah untuk membuat rujukan dan pinjaman (untuk ahli yang membayar wang cagaran sahaja)
  • Semua ahli luar dibenarkan membuat rujukan dan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan (semua lokasi perpustakaan di Shah Alam)
  • Setiap ahli luar bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Perpustakaan sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad keahlian.
  • Semua ahli luar adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Perpustakaan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
  • Ahli luar yang berdaftar di Kampus Shah Alam boleh membuat rujukan sahaja di kampus cawangan dan perlu menunjukkan kad keahlian sebagai bukti.
  • Pengaksesan Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) untuk ahli luar adalah dibenarkan di dalam perpustakaan sahaja (Pusat IT). Sekiranya PDDT berkenaan mempunyai ID dan kata laluan, staf PTAR akan memasukkan kata laluan yang diperlukan.
  • Keahlian luar adalah berdasarkan kepada kategori yang ditetapkan dan dikenakan yuran keahlian perpustakaan seperti berikut: