Sejarah

Perpustakaan Tun Abduk Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam telah memulakan perkhidmatannya pada 27 Julai 2009 di Tingkat 5, Bangunan Plaza Satelit B (PSB). Menerusi pembangunan Fasa 2, Perpustakaan Kampus Puncak Alam telah berpindah ke bangunan baharu dan beroperasi sepenuhnya pada Mei 2014.

Bangunan baharu ini mempunyai empat aras yang mampu menampung 1,300 tempat duduk dalam satu masa. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan diharap dapat memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu di kalangan warga UiTM.